FASA 3 – KEUNGGULAN & KELESTARIAN PERHEBAT
Fasa ini menumpukan usaha untuk mengukuhkan hubungan dengan industri-industri bernilai tinggi serta syarikat multinasional (MNC). Dengan membina kerjasama yang kukuh bersama sektor-sektor strategik ini, PERHEBAT berupaya memperluas peluang kerjaya berterusan kepada veteran ATM. Program ini juga bertujuan memangkin pasaran kerjaya yang mampan, dengan menyediakan latihan dan kemahiran yang relevan mengikut kehendak industri, sekaligus memastikan veteran ATM mendapat pekerjaan bermaruah
Keupayaan PERHEBAT sebagai pusat rujukan global serta pengantarabangsaan tenaga kerja membolehkan PERHEBAT terus merentas pembangunan modal insan veteran yang berdaya saing, relevan dan berintegriti, di samping menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara, rantau ASEAN dan bersifat global secara berterusan




















