FASA 2 – PENGKOMERSIALAN & PEMERKASAAN INDUSTRI NILAI TINGGI
PERHEBAT mempunyai peluang besar dalam pengkomersialan dan pemerkasaan industri bernilai tinggi. Dengan negara yang sedang berusaha mengukuhkan sektor ekonomi berasaskan teknologi dan inovasi, pusat latihan ini tampil sebagai nadi penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia menyumbang kepada pertumbuhan industri bernilai tinggi.
Fasa ini menumpukan usaha untuk mengukuhkan hubungan dengan industri-industri bernilai tinggi serta syarikat multinasional (MNC). Dengan membina kerjasama yang kukuh bersama sektor-sektor strategik ini, PERHEBAT berupaya memperluas peluang kerjaya berterusan kepada veteran ATM. Program ini juga bertujuan memangkin pasaran kerjaya yang mampan, dengan menyediakan latihan dan kemahiran yang relevan mengikut kehendak industri, sekaligus memastikan veteran ATM mendapat pekerjaan bermaruah.
Dengan pengiktirafan rasmi daripada pelbagai badan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Kerja Raya Malaysia, dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), pusat latihan seperti PERHEBAT bukan sahaja memberi latihan berkualti tinggi, malah memastikan setiap peserta dilengkapi dengan sijil pengiktirafan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini membuka peluang komersial dan pekerjaan yang lebih luas dan bernilai tinggi.
Objektif secara berfasa yang dibentuk oleh PERHEBAT menjadi satu rangka utama halatuju baharu yang mendorong institusi ini bergerak secara progresif dengan penilaian prestasi yang dapat dicerap serta pelaksanaan program penempatan kerjaya yang berkesinambungan lagi bersepadu.




















