Strategi Tindakan 3

Perkembangan teknologi digital yang pesat hari ini telah mengubah landskap pelbagai sektor, terutama dalam bidang pendidikan dan latihan. Bagi memastikan PERHEBAT terus maju dan para pelatih mampu bersaing dalam ekonomi digital global, strategi akses latihan dalam ekosistem digital menjadi sangat penting. Melalui strategi yang komprehensif dan terancang, latihan digital dapat diakses secara meluas dan berkualiti, sekaligus memperkukuh output modal insan yang menyumbang kepada ekonomi setempat.

Salah satu strategi utama ialah mempertingkatkan infrastruktur digital dan literasi kemahiran digital oleh PERHEBAT. Literasi dan kemahiran digital perlu dipertingkatkan secara berterusan melalui program latihan upskilling dan reskilling. Ini bukan sahaja penting bagi tenaga kerja PERHEBAT, malah menjadi keperluan penting bagi kumpulan sasar dalam menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan permintaan industri semasa yang menuntut keupayaan digital yang tinggi. Latihan berteraskan kemahiran digital membolehkan mereka menguasai alat dan teknologi terkini sekaligus meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing pekerjaan

Strategi akses latihan digital oleh PERHEBAT adalah langkah signifikan untuk memastikan sentiasa relevan berkemahiran tinggi dan mampu menyumbang secara efektif kepada pelatih & veteran ATM. Selepas memastikan ini pembangunan ekonomi negara dalam era digital yang semakin maju.

Adaptasi Teknologi & Kecerdasan Buatan (AI)

Penggunaan platform pembelajaran digital yang interaktif dan inovatif turut menjadi tumpuan PERHEBAT dalam strategi ini. Teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), dan realiti tambahan (AR) dicadangkan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, berkesan dan praktikal. Platform ini juga boleh diakses secara fleksibel, membolehkan setiap individu belajar mengikut masa dan ruang yang sesuai tanpa perlu dibatasi oleh lokasi atau jadual tetap.

Kerjasama erat antara kerajaan, institusi pendidikan, sektor swasta dan industri teknologi juga sangat penting dalam membina ekosistem latihan digital yang inklusif dan berdaya tahan. Inisiatif bersama ini membolehkan pembangunan kurikulum dan program latihan yang relevan dengan keperluan industri terkini, sekaligus menyediakan peluang latihan yang lebih berfokus kepada pembangunan kemahiran sebenar.

Akses kepada latihan digital perlu diperluaskan melalui platform pembelajaran jarak jauh dan e-learning yang menyediakan ruang pembelajaran tanpa batasan masa dan lokasi. Fleksibiliti ini penting untuk memastikan akses terutamanya bagi peserta luar bandar dapat mengambil peluang belajar tanpa perlu mengorbankan masa atau kos kewangan yang tinggi.