INTEGRITI
Integriti menjadi asas kepada profesionalisme dengan membentuk kejujuran, amanah dan disiplin dalam melaksanakan tugas.
PERHEBAT memperkukuh nilai ini melalui program kesedaran, tatakelola baik dan pengurusan yang cekap.
Melalui Pelan Transformasi PERHEBAT, institusi ini memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan melalui penyediaan program latihan yang berkesan dan inovatif. Oleh itu, pengukuhan kewangan dan penjanaan pendapatan PERHEBAT menjadi aspek kritikal untuk memastikan keberlangsungan dan peningkatan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Strategi utama pengukuhan kewangan institusi latihan adalah dengan mempelbagaikan sumber pendapatan selain daripada peruntukan kerajaan. PERHEBAT akan memperluas aktiviti penjanaan pendapatan melalui penganjuran kursus latihan akademik dan teknikal jangka pendek dan panjang, seminar, bengkel, persidangan serta program latihan dalam bentuk kerjasama dengan sektor swasta dan industri.
Kaedah wakalah juga merupakan satu strategi yang bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengurusan, tetapi juga membuka ruang kepada modal dan sumber baharu pendapatan berlandaskan prinsip syariah untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti latihan yang disediakan oleh PERHEBAT.
Selain itu juga, PERHEBAT terus giat membina kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk badan korporat, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan. Usahasama ini boleh membuka peluang pembiayaan latihan, penyelidikan dan inovasi yang menyumbang kepada keupayaan institusi dalam menyediakan perkhidmatan latihan yang relevan dan berdaya saing.
PERHEBAT mendokong inisiatif ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kelestarian dan kemampanan dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan. Melalui pelaksanaan prinsip ESG, PERHEBAT berusaha untuk memastikan aktiviti dan program yang dijalankan tidak hanya memberi manfaat sosial kepada veteran dan masyarakat, tetapi juga mengambil kira aspek alam sekitar dan pengurusan tadbir urus yang baik.
Inisiatif ESG yang didokong oleh PERHEBAT termasuk pelaksanaan amalan mesra alam seperti penggunaan sumber yang cekap dan pengurangan pembaziran, selain memastikan program latihan yang inklusif dan adil kepada semua veteran tanpa diskriminasi. Dari segi tadbir urus, PERHEBAT komited kepada ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan organisasi, sejajar dengan amalan tadbir urus korporat yang baik.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh reputasi PERHEBAT sebagai sebuah organisasi berwibawa dan bertanggungjawab sosial, malah membantu memenuhi keperluan transformasi digital dan ekonomi negara yang semakin menekankan aspek kemampanan.
Integrasi ESG dalam dasar dan operasi PERHEBAT adalah satu langkah strategik untuk memastikan pembangunan modal insan yang holistik, mengekalkan kepercayaan rakyat dan mempertingkatkan nilai sosial yang dibawa oleh organisasi kepada masyarakat dan negara.
Dalam era ekonomi dan teknologi yang dinamik, pembangunan modal insan berintegriti dan profesional menjadi asas kepada pengurusan serta tadbir urus yang mampan. PERHEBAT menegaskan bahawa nilai ini membentuk budaya kerja positif dan menjadi teras kejayaan berterusan institusi.
Melalui strategi yang menyatukan tiga elemen utama iaitu integriti, profesionalisme, dan pembangunan bakat, PERHEBAT berusaha memastikan batu asas institusi ini dibentuk dengan kukuh bagi menyokong aspirasi kerajaan dalam pembangunan modal insan berkualiti tinggi. Pendekatan holistik ini membolehkan seluruh tenaga kerja menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan kecekapan.
Integriti menjadi asas kepada profesionalisme dengan membentuk kejujuran, amanah dan disiplin dalam melaksanakan tugas.
PERHEBAT memperkukuh nilai ini melalui program kesedaran, tatakelola baik dan pengurusan yang cekap.
Profesionalisme melambangkan tingkah laku dan sikap yang memastikan keupayaan tenaga kerja berfungsi secara cekap dan efektif. Ia mencakup aspek kemahiran, pengetahuan, sikap beretika dan komitmen tinggi dalam melaksanakan kerja. Profesionalisme juga memacu organisasi mencapai prestasi optimum dan sentiasa berdaya saing dalam menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Pembangunan bakat memastikan PERHEBAT memiliki sumber manusia berintegriti, profesional dan berdaya saing melalui pengenalpastian, pengasahan serta pengembangan kemahiran menerusi latihan berterusan upskilling, reskilling dan bimbingan kerjaya selaras dengan keperluan industri.