Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM)
PUVET ATM berperanan sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.
Kementerian Pertahahan melalui PERHEBAT memeta kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.
Padanan Geran Sokongan Pengukuhan Kemajuan Luar Bandar (SPKLB) oleh KKDW:
Syarat permohonan yang ditetapkan oleh KKDW:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 dan ke atas;
- Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad;
- Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/ KPLB;
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa;
- Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar dengan merujuk kepada takrifan senarai Parlimen di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar;
- Perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak;
- Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan;
- Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian;
- Jumlah pendapatan tahunan kurang RM200,000
Sila Klik untuk muat turun borang permohonan: https://bit.ly/BORANGSPKLB