Latar Belakang PERHEBAT
Mentransformasi Kerjaya Kedua Warga Angkatan Tentera Malaysia

Penubuhan & Peranan
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah diperbadankan pada tahun 1994 di bawah Seksyen 23, Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101) dan berkuat kuasa pada 30 Ogos 1994.
PERHEBAT berperanan mengurus dan melaksanakan program latihan bagi personel Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan bersara dan telah bersara.
Pengurusan Program Latihan
Menjalankan dan menguruskan program latihan bagi personel ATM yang akan bersara dan bersara.
Penyeliaan & Kemudahan Latihan
Menawarkan kemudahan latihan serta mengawal selia pelaksanaan program latihan secara sistematik dan berkesan.
Mandat & Tanggungjawab
PERHEBAT tertakluk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil. 5/2005 yang memperuntukkan tanggungjawab mengurus dan melaksanakan Program Latihan Peralihan kepada personel ATM yang akan bersara.
Program ini merupakan inisiatif khas Kerajaan bagi membekalkan kemahiran dan pengalaman agar anggota ATM dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dan kerjaya baharu selepas tamat perkhidmatan.
Tumpuan Aktiviti Operasi
Melaksanakan program latihan dan pendidikan dalam bidang kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan yang dikenali sebagai Program Latihan Peralihan.
Inisiatif Sokongan
- Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan pelanggan, pasaran kerja dan industri semasa (industry-driven).
- Kepelbagaian pengiktirafan dalam dan luar negara.
- Memperkasakan tenaga pengajar.
- Meningkatkan prasarana dan fasiliti latihan.
Komitmen PERHEBAT
PERHEBAT komited membangunkan kemahiran dan kebolehpasaran warga ATM bagi membina kerjaya kedua yang mampan dan berdaya saing.
Tonton Video Korporat

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) diperbadankan pada tahun 1994 dibawah Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101), Lembaga Tabung Angkatan Tentera berkuatkuasa pada 30 Ogos 1994 dengan fungsi:
- Menjalankan dan menguruskan program latihan bagi personel akan bersara dan personel bersara ATM.
- Menawarkan kemudahan latihan dan mengawal selia pelaksanaan program latihan tersebut.
PERHEBAT juga tertakluk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil. 5/2005 yang memperuntukkan tanggungjawab bagi mengurus pelaksanaan Latihan Peralihan kepada personel ATM yang akan bersara. Program Latihan Peralihan merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan.
Sejajar dengan Perintah LTAT dan PMAT di atas, tumpuan aktiviti operasi PERHEBAT adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan program-program latihan dan pendidikan kepada personel akan bersara dan personel bersara ATM di dalam bidang kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan yang dikenali sebagai Program Latihan Peralihan dan dilaksanakan dalam 3 kategori iaitu :
2. Mewujud dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada usaha untuk melaksana program latihan yang merangkumi;
- Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan pelanggan, pasaran kerja, kemajuan teknologi dan keperluan industri semasa (industry driven).
- Kepelbagaian pengiktirafan dalam dan luar negara.
- Memperkasakan tenaga pengajar.
- Meningkatkan prasarana latihan.
Tonton Video Korporat TEGUH BERSAMA, Mentransformasi Kerjaya Kedua Veteran di saluran YOUTUBE PERHEBAT

